ϟheraϟhu'ϟBlog



Transform by FiezaMirza
Basecode by NisaSayakinie
Other help by Aulia
Doodle-header from KasihDani
Top button from Atiqah
Social icon from VeryIcon

Preview




Terlepas Entri Best?
Jumaat, 10 Ogos 2012 2:26 PTG
Di Malam Terakhir

salam alaik'

Kawan kawan yang aku sayang..:) sedar tak sedar kite  dah masuk pun ke 10 Ramadhan terakhir.. makin dekat Syawal tiba, makin hampir jugaklah Ramadhan meninggalkan kita.. sedeyh pulak rase nak tinggalkan nya pergi.. :'( Sedih  nak meninggalkan Ramadan ni......terdetik di hati adakah ini Ramadan terakhir kita.....Apakah kita sudah bersedia untuk menghadap Sang Pencipta......Sekadar ingatan bersama dan juga buat diri sendiri.......
Jadi di sini marilah kite same same mengejar isi tersurat disebalik penghujung malam ke 10 ini...Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
"pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! "



Itulah dinamakan  malam Lailatul Qadar whai kawan kawan. Pada 10 malam ini, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya. Sama- samalah kite mengejarnya kebaikkannya.. (。◕‿◕。)



Tidak lupa jugak di 10 terakhir Ramadhan, masing - masing pun rancak buat persiapan. Dah ramai jugak yang upload kuih raya, baju raya yang sedondon, sepadan, tudung raya yg warna warni, kasut raya, dan tak lupa jugak duit raya baru cam duit jutaria....huwhuw.. :D.. kau orang pun same jugak kan kan ? ish2 raya pun raya tapi berpada padalah.. (aku pun beli blah cam ape ntah)..hewhew -_-"..
#manusia ni tak dapat lari dari kepuasan dengan apa yang kita ada or dapat,, insaf insaf.. :'(
#Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka.
 AMIN~

setakat ini sahaja dari  saya.. salam jumaat.. :)





0 Complains